Pages

Wednesday 29 May 2013

Berbalut

 Assalamualaikum semua....

Hah...tengok title macam gempaq je kan... ape hal pulak nak berbalut-balut bagai... Al kisahnya semalam masa Nurqaseh tengah syok main dengan si Faezah (anak buah laki aku) entah macam mana dia boleh terjatuh nak terhantuk kat dinding dapur. Mujur le pun dia sempat tahan dengan tangan dia..yang sakit sikit aje...lengan calar tapi sampai nak kena bebalut bagai... hahahahha hey Nurqaseh..Tengah aku snap gambar Nurqaseh, macam biasa lah, Nurhani nak inter frame jugak...sibuk dengan Boboiboy dia...


Tengok tu tangan Nurqaseh....
Calar aje pun....darah tak de...

Si inter frame


Boboiboy and Nurhani...

Dah nak sama dah muka tuan punya patung and si patung
 Pagi ni sampai aje rumah nenek dia mengadu, cakap tangan PATAH...mama balut. Siap pakej muka sebek dia tu... hey lah Nurqaseh....

Monday 27 May 2013

Jom Kepoh


Assalamualaikum....

Okey, semalam (26/5/13) aku and Nadia (my BFF) bajet nak pegi buat facial, tapi disebabkan si Nadia ni dia book untuk dia aje so dia je le yang pegi buat facial, nak buang blackhead katanya. So, aku pun kuar le rumah kol 10.30pagi, and p sarapan kat kedai bawah rumah. Si Nurhani and Nurqaseh pun macam tahu-tahu je nak keluar, ye lah dah pakat cantik kan. Yang aku ni pakai aje lah t-shirt rm7.00 yang aku beli kat Giant sehari sebelum tu (aku malas basuh baju).

Pas sesat kat Presint 14 ( Si Mei ngok ngek cakap kat P14 tapi sebenarnya kat P15) aku pun selamat sampai kat Presint 15 kol 11.45pagi. Huh bengkak muka si Nadia kene sedut masa buat facial-dah macam alien aku tengok tapi aku gelak dalam hati aje lah...kang tegur dia bahan aku balik....hahahahaha. Sementara si Nadia p tapaukan nasi kukus untuk makn kejab lagi, ape lagi Nurqaseh and Nurhani berjumpa Rayyan and Mia. Memang gamat and tak tahu macam mana nak handle. Tengah hari buto diaorang main kat depan kedai. Si Nadia sibuk menyuruh aku pujuk Rayyan potong rambut... dah budak tu pulak dok le belari sana sini. Sang bapak-bapak sibuk nak beborak sampai anak pun nuuuuunn jauh...sudahnya, tak le berpotong rambut si Rayyan tu.

Si Mia ni pantang nampak camera
Si Rayyan teruja nampak aku datang

Si Nurhani pun join jugak

Anak Dara pingitan - Nurhani, Mia Nur Qareena Az Zahra , Nurqaseh

Hah Si Rayyan wif special posing kow kow

Mia and camera
Pas beli lauk makan, kami berehat dulu kat rumah Nadia, yo lah nak keluar panas-panas buto buat apo. Buat gelap kulit aje, dah le balik dari Pulau Perhentian gelap tak habis lagi. On da way balik rumah Nadia, si En Hubby pulak nak memerut, mmmmmm berhenti kat petronas. Kalau dah berhenti alamatnya, Nurhani akan ada sesi punggah memunggah lah. Aktiviti faveret Nurhani. Segala ceruk ruang dia geledah. Habis card En Hubby dia mainnya.

Hah dia jumpe dah card DADA dia
Exited je muka si Nurhani

Yang ni dah macam agent Card Credit
Mari-mari cik....card ni ada banyak...
Nurqaseh explain kat aku dia jual apa...

Cas battery jab anak-anak dara ni

ni gurls aje tau, Rayyan tido luar.
Hah sementara anak-anak tidur, si Nadia asyik le nak memekak kat telinga aku ni. Kuat betol suara dia...nak aje aku lempang - cewahhh macam le aku berani. Masing-masing dok sibuk belek hangpong, si Nadia mintak aku ajarkan cara nak edit picture guna PERFECT 365 ( korang download aje lah ), sikit punya payah nak mengajar si mak budak nih...geram pulak aku, tapi tak pe sebab aku ada sifat penyabar lebih sikit dari nadia - beza 1% je...hahahahaha...sembang punya sembang dia ajak gi Jom Heboh a.k.a Hari Belia Putrajaya - hihihihi kami masih muda belia okey....

Jangan ditanya kenapa tak ada picture bebudak ni masa kat Jom Heboh sebab keadaan sangat JOM KEBOH dengan Cik-cik Bedah , Senah , Meah and Si Wak Jenin ni berjalan. Nampak belon, diaorang nak belon, tak boleh beli satu, kena beli 4, si kecik Nurhani pun sama naik. Dah beli belon nampak pulak bubble, ala pistol bubble tu. So total sorang RM20.00 x 4.

Lalu pulak mak-mak Jemah ni depan DiGi punya booth, hah si Nadia nak hangpong RM50.00 - la yang gunakan skim rebet Belia RM200.00 tu hah. So dapatlah aku hangpong ALCATEL GLORY 2 dengan hanya membayar RM50.00. Nasib pun ada stock sebab masa kitaorang baru sign up tu stock dah nak habis dah. Nasib dapat mak-mak Jemah  ni hangpong,dah dapat baru terasa perot lapo. So zoom zoom p makan malam pulak. Udah le lapo, si Mei (PAPA RAYYAN A.K.A Hubby Nadia) ni bawak kereta slow, udah le slow asik tersagat sagat je kereta si Mei ni ( Geng Mak Jemah duduk belakang masing-masing badan semangat Hang Gajah), udah le ceng gitu, jauh pulak tu....memang menguji perut yang sangat lapo dikala itu... selepas 20minit berlalu sampailah kitaorang kat Ramai Restaurant Pinggiran Presint 14.

Hah budak dua orang ni sibuk makan otak-otak
Bila berteman makan pun laju aje

Bila dah kenyang
Yang ni , En Hubby and Mia a.k.a ANAK BARU
Jangan pisahkan mereka berdua...
Ini le hangpong rebet yang aku dapat tu.

tadi masa lunch nampak patung ni, so aku beli aje. RM5.00
Sampai aje rumah semua nya tidur, tak menyempat-nyempat nak salin baju. Hujung minggu ni aku akan ke Singapore pun bersama famli Nadia.

Nantikan ape pulak al kisah mak - mak jemah ni kkkk...

Thursday 23 May 2013

Nurhani Damia

Nama : Nurhani Damia Binti Rohisham
Tarikh Lahir : 09HB February 2012 @ 2.30 a.m
Tempat Lahir : Hospital Ampang, Selangor
Berat Lahir : 3.35KG

Kehadiran Nurhani memang suprise gila sebab banyak kali cek tak jugak ade dua line kat Pregnancy Test.. banyak jugak la duit habis, tapi salah aku jugak gatal tak nak gi check kat klinik. Masuk bulan ke-3 aku jadi kuat makan...tu je keje aku...kat opis makan...kat umah makan...kat mana-mana pun aku nak makan...sehingga berat aku dari 66kg ke 76 kg..- pun sama dengan Nurqaseh 76++KG.

Disebabkan tekak aku yang asik nak makan ni, aku pun test la lagi sekali...mmmmm ade line samar-samar kat test tu.... tunjuk kat EN.HUBBY dia tak pecaya pulak... last-last gi jugak check kat klinik... tu dia...nampak dah.... hahahahahha

Nurhani punya due sama ngan nenek ZAM, 21/2/2012... tapi ALLAH lagi MAHA MENGETAHUI... dia lahir (09hb Feb) sehari sebelum besday EN.HUBBY (10hb Feb)... memang suprise giler ahhhh...
Nurhani masa kecik-kecik memag mencabar aku sebagai ibu yang penah beranak...mana taknya Nurqaseh tak kena demam kuning tapi si adik pulak yang kerap kena.Ada sekali tu tengah-tengah malam aku bekejar ke Hospital Ampang sebab demam dia panas sangat dan kuning naik, memang gelabah time tu. Lepas dia sihat demam kuning yang berlanjutan selama 1-2 minggu aku terasa ada benda kat belakang telinga dia, hah dup dup dup lah aku...bawa gi jumpe doctor, mujurlah doctor cakap tak ada apa yang merunsingkan, doc just suruh aku tengok-tengokkan kalau-kalau benjolan dia tu makin membesar.

Orang yang paling cemas sekali adalah NENEK ZAM dia, sebab metua aku ni dah BOOK Nurhani awal-awal, nak jaga katanya. So dari Nurhani bukak mata sampailah tidur nenek dia yang membelek dari hujung rambut sampai hujung kaki, si ATOK pulak siap tebuk buai nak selesakan si cucu barunya. Specialkan. Nurhani ni tak macam si kakak yang lemah lembut dan dengar cakap. Dia pun awal dapat kaki dalam umur dia 8 bulan setengah dah berjalan. So, kesimpulannya, Nurhani memang tak macam sedare perempuan yang lain. Selepas umur dia 1 tahun , setelah semua ujian dilakukan Nurhani diSUSPECTkan sebagai HYPERACTIVE.Okey!!!Berat badan yang amat perlahan untuk naik dan bentuk badan yang agak molek Nurhani diberikan perhatian lebih sikit dari si kakak (kakak anak kesayangan DADA). Sampailah hari ni Nurhani tetap lasak macam biasa. .


Age : 5 min
Tenang disamping mama
5 Hari after balik

Botak sudah....
Dah ada rambut sikit dah

Si kakak mengacau adik

Bila legging disarungkan atas kepala

Bila Nurhani berhijab, comel kan
Kene selsema pulak dah

Nurhani belajar memanjat

Bila DADA belikan baju F1 untuk Nurhani

Baju raya 2012, Nurhani first Aidilfitri

Pembantu setia mama

Pengganti nenek zam

Nurhani at 1Utama playground

Nurhani first tutu skrit
Nurhani first lengga

hah ambik kow, posing maut

Pengantin kecik mama

Gusti dua beradik time tidur

Nurhani watching Timmy Time

Satu lagi adegen posing sakan

Hari Raya Qurban 2012

Nurhani si tukang cleaner

Nurhani memek muka