Pages

Wednesday 29 January 2014

Bento No.3

Hari ni last Nurqaseh sekolah sebelum cuti raya cina dari 30/1/2014-4/2/2014. Semalam dia dah cakap nak makan miow,so aku buatkan miow untuk dia. Tadaaaa...

Miow ang siap untuk ke sekolah....


Bahan - Bahannya :
Nasi goreng
Kismis - mata dan hidung
Cheese - gunting untuk telinga miow,hidung tikus,dan tekapkan acuan berbentuk
Seaweed - untuk mata dan misai
Daging burger - tekap guna acuan bentuk
Chicken meatloaf - tekap guna acuan bentuk
Sos tomato - fungsinya untuk jadi gam makanan nak guna mayonis pun boleh jugak .

Cara - Caranya :
1- kepalkan nasi menjadi bentuk muka miow.Letak perlahan-lahan ke dalam bekas (disebabkab aku gopoh sangat kepalan aku agak senang nak pecah).
2- Hiaskan muka miow seperti di atas.
3- Untuk hasilkan sosej tikus, potong dua bahagian, pastu potong nipis dua bentuk bulat untuk telinga. Belah sedikit sosej dan selitkan bulat tadi. Hiaskan dengan seaweed dan keju. Lekat gunakan sos tomato ya..
4- Untuk miow pun sama je step macam kat atas tu, cuma bahagian telinga potong bentuk V.
5- Chicken meatloaf tu lipat dua dan potong sikit-sikit pastu gulung untuk dijadikan bunga.

6- Hiasan bekas dengan daging burger,cheese dan chicken meatloaf yg dah dibentuk tadi.
7-SIAP

Tuesday 28 January 2014

Bento No.2

Kura-Kura Cari Makan

Hidangan kali ni semua mak-mak diluar sane kompom leh buat... senang bebeno.

Jangan terkejut tengok kura-kura budak baru nak belajar bento yer
Bahan-Bahan :
Nasik + kicap manis + ikan/ayam (gaulkan)
Sos tomato
Cheese
Telur dadar
Kismis (potong kecik je utk mata)

Cara-caranya:
1- Kepalkan nasik menjadi cenggerang dan kepala kura-kura. Hidangkan atas pinggan.
2- Potong cheese menjadi bentuk bulat untuk kepala, letakkan atas nasi kepal tadi. potong hujung kismis dan jadikan mata.
3- Hiris telur dadar dan cheese secara memanjang dan hias atas cengkerang.
4- Picitkan sedikit sos tomato untuk kaki.
5- Lebihan cheese atau telur dadar bolehlah dingap dan menjadi hiasan dalam perut anda..hikhik

My First Bento

Ari ni dengan semangat yg wajar dan berjiwa artis aku buat bento utk si Nurqaseh Damia yang dah start sekolah tahun ni..

Bento design ni aku belaja kat youtube jeh... Maklumlah aku murid baru belajar jadi maaf kan hambe kalau x cantik yer...

Abaikan picture kaki dibawah sane tu...

Bahan - Bahan nya : 

Nasi
Garam secubit
1 keping keju (dipotong bulat)
1 keping seaweed ( beli kat 99 baru RM5.99 )
1 keping telur dadar ( sila goreng nipis2 yer )
Kismis kotak
Mashmallo ( lebih yang Nadia bekalkan )
Sos tomato
Jejari ayam ( siap digoreng dan dipotong dua )

Cara - Caranya :
1. Gaulkan nasik dengan sedikit garam mengikut anggaran nasik tadi, dan kepalkan ( buat ala2 bulat macam
main tanah liat tu, kalau x teror guna tangan macam aku ni masukkan nasik dalam plastik dan kepalkan , leh tengok kat gambar di bawah )


2. Potong keju mengikut bentuk muka dan letakkan di atas nasik tadi. Gunting kan seaweed dan buat bentuk mata, hidung dan mulut. Pastu boleh la design. Picitkan sedikit sos tomato utk dijadikan pipi.

3. Pastikan nasik tadi di tengah2 bekas ya, then susunkan jejari ayam di tepu2 nasik tadi dan susun macam rambut. Picit kan sedikit sos tomato utk nmpk mcm hair clip.

4. Potong telur dadar sedikit dan lipat dua, gunting sedikit di tgh2 dan gulung supaya menjadi bunga. Letakkan di sisi nasik. Hiaskan dengan lebihan keju tadi.

5. Susun mashmallow di bawah dan taburkan kismis.

6. SIAP.