Pages

Monday 3 March 2014

Bento No.11

Ok, pagi ni dimulakan dengan rasa kurang pelik tambah bengung sebab air tak de... so aku buat apa je yang memaksimumkan penggunaan air...waaaaaaaaaa.... nangis oo tak de air...

Disebabkan aku diserang histeria hantu air, so aku buatkan Nurqaseh and En Hubby bento versi hantu takotair..hahahahah

Bahan-bahan :
2 keping roti
1 keping daging burger / burger sanwich
1 keping keju
Mayochip
Kentang Muka - beli dekat Giant
Maggi goreng - aku letakkan dalam bekas kecik bawah kentang tu...



Tadaaa.... memang agak hantu...hahahah

Tak puas plak tengok picture yang ni...
 Untuk Encik Huby pun aku buatkan Hantu jugak.

Hahahah ayam mask kicap
Sayur kailan aku buh dalam bekas Nurqaseh..
Ni buat En.Huby
Haaaaaaaaaaaa....ni la hantu yang sebenar....

Friday 28 February 2014

Bento No.10

Malam semalam hajat dihati nak buatkan Nurqaseh roti minion...nak repair balik nasi minion yang sangat tak kemas... alih-alih dari minion jadi pulak Agen Perry ( ala cite Phineas and Febs ).

Hasil dari tangan yang kurang sangat nak kreatif ni, maka lahirnya Roti malas ala Agen Perry.

Bahan-bahannya:
Gardinia waffer (potong dua)
Keju (potong dua)
Seaweed
Mayochip ( mayonis dan coklat cip)
carrot
Biskut (apa-apa jenis pun boleh)


Hasilnya...

Sekali aku edit jadi cenggini da...
Si Agent P sedia untuk ke sekolah


Macam muka ketat aje...

Resepi kat bawah ni member baik aku yang suggest tapi aku derhaka sikit sebab tak ikot resepinya, resepi makan pagi ni amat mudah dan tak renah nak membuatnya sebab terlalu senang nak buat.

ROTI Ala Tat Telur :

6 keping Roti gandum ( aku tukar jadi roti butter sebab nak sedap)
3 bijik telur ( dipukul dan campur sikit lada sulah dan serbuk pasti sedap)
3 keping keju

Cara nya :
Susun roti atas dulang cupcake.
Isikan telur
Tutup bahagian atas roti dengan keju.
Bakar suhu 150 selama 8-10 minit.
Siap makan.

OPPSS : esok aku nak cuba tukar filling telur ke filling tepung kastad.

Bak kata opis mate aku, teruknya...waaaaaaaaaa

Siap dipotong...

Bento No.9

Kali ni aku try buatkanNurqaseh karekter kartun yang paling dia minat... Minion... hahahahha agak kelam kabut jugak la nak buat minion ni sebab aku terbangun lambat. Hasilnya pun tak seberapa nak jadi.
Masih memerlukan tangan-tangan seni... agak kelakar aku punya minion ni... macam tak nak post jer.... malu beb...

Guna nasi goreng kunyit tau. Seaweed aku tersalah gunting huhuhu... awatla sexy sangat minion aku ni.... sedeh sangat aku tengok.

Pastikan anda tak gelak ok...

hahahaha hidung ke mulut ke...aku pun tak tahu

Beso matanya...

Minion ready to school...

Bento No.8

Resepi ni aku dah penah post dulu... ala resepi burger mini tu... cuma kali ni aku tuko jadi Ladybird Head...
Cuma kelainannya tang mata tu, untuk yang malas nak tekap2 atau gunting seaweed, boleh la gantikan teknik mayochips ( mayonis and coklat chips).

Pastikan korang beli mayonis jenama Kewpie, sebab sangat senang nak memicitnya.
What u need just 1 drop of mayonis dan hiaskan dengan coklat cip. Senangkan.

Ni la yang korang kene ade, muncung dua senang untuk kita kawal.

Mudah dan cepat untuk dijadikan bijik mata bento.

Biskut batang yang dimaksudkan... Nini... rm1.00 kat Giant

Saje aku letak ni sebab Nurqaseh comfirm bagi kawan dia.



Patty siap untuk digoreng

Tadaa... sesungut tu ambik je biskut batang...


Saja aku tambahkan coklat cip and gula-gula Skittles

Untuk hidung aku gunakan sos tomato aje.

Yang ni untuk bebudak opis aku...
Tersesat... aku try buat loh mai kai - nasi pulut ayam
Sedap ... 1st time buat...
Loh Mai Kai
Pulut Putih - rendam selaman

Ayam - Perap Semalaman
Isi ayam
Serbuk Pasti Sedap
Sos Tiram
Minyak bijan

Cendawan
Cendawan Shitakie kering - rendam dengan air panas (air cendawan jangan buang)
Segenggam udang kering (ditumbuk)
Bawang Merah (ditumbuk)
Bawang Putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)

Tumis bahan-bahan cendawan sehingga naik bau, masukkan puluttanpa air dan gaul sehingga naik bau.
Masukkan sedikit demi sedikit air cendawan diikuti sos tiram, kicap pekat, serbul pasti sedap dan minyak bijan.
Kacau sebati dan boleh le rasa-rasa kalau mana yang tak cukup masin ke ape ke.
Siap kacau.Tutup api.
Hiaskan ke dalam bekas dengan ayam dan cendawan ( ambik dari dalam kuali yang dimasak tadi).
Pas hias , tuangkan pulut.
Ada yang masukkan dalam bekas kecil tapi saya gunakan loyang aje.
Rebus pult dari 30 - 45 minit bergantung pada saiz loyang.

TIPS :
Kalau nak sedap, makan la nasi pulut ni dengan cili api, aku buat ikan bilis cili api... memang terangkat oooo....

RESEPI Ikan bilis cili api.

Bawang Merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
Cili api segenggam
Serbuk Pasti Sedap - tumbuk
Asam keping ( kecik je tau)
Ikan bilis ( ditos dan digoreng)



Tuesday 25 February 2014

Bento No.7


Hi you alls...ok kali ni aku berexperiment (ntah betul ke tak ejaan aku tu) buat watak Angry Bird... Tapi x seberapa angry la... kene berusaha lagi aku ni...

Bahan - Bahan :

Angry Bird
Nasi putih
Nasi putih + sos tomato
Keju
Seaweed
Carrot

Ayam Goreng Ala Teriyaki
Dada ayam
Serbuk Pasti Sedap
Kicap
Sos Tiram
Lada hitam - optional

Cara- Caranya :
Angry Bird - Kepalkan nasi putih dan nasi tomato bersama dan bentukkan menjadi bulat / bujur. Hiaskan mata , kening dan paruh.

Ayam goreng - Gaulkan ayam dengan semua bahan dan goreng dengan butter atau majerin. Baunya akan makin sedap.

Keh keh percubaan pertama..

Inilah Angry Bird yang tak boleh nak Angry...

Untuk En Huby aku buat cenggini aje.

Tersalah bekas dengan Nurqaseh.
Aku baru berjinak dalam hasil bento ni, jadi kalau ada salah dan tersilap resepi mohon ampun sepuluh jari tangan yer.

Thursday 20 February 2014

Naget Ayam Lolipop

Jom-jom santap mata dengan snak mudah dan cepat.

Bahan-Bahan :

Ni le bahan-bahannya ... lupa nak letak telur.

Ayam Cincang
Tepung segera ayam 
Serbuk roti (oren pn blh,aku guna yang putih)
Telur 
Garam
Serbuk pasti sedap
Pencucuk buah kayu (leh refer kat picca dibawah).

Resepi asal guna batang ais krim tapi aku tak dapat cari so aku guna ini aje... RM1.99


Cara-Caranya:
Campur ayam kisar dgn tepung segera + garam + pasti sedap... gaul sebati,kepalkan dan celop dlm telo, gulek ats tepung roti.. cucuk kan pencucuk gigi n goreng..siap

Selepas dikepal,Nurqaseh meMANDIkan naget dengan serbuk roti.

Goreng time.

Tadaa...goreng sampai keemasan yer..

Saja letak mayonos untuk meliurkan tekak-tekak korang.

Sedap je tengok anak-anak makan.
Siap untuk dingap...

Bento No.6

Burger Junior.


Resepi kali ni adalah hasil menggoogle dr blog MYRESEPI. Resepi ni amat le mudah and cara dia lebih kurang sama dengan ayam lolipop.

Bahan - Bahannya :
* 1 cawan nasi putih
* Tepung gandum
* Carrot ( aku rebus dulu supaya senang nak blender )
* Ayam kisar ( boleh jugak tukar daging kisar )
* Serbuk pasti sedap
* Garam
* Lada sulah
Serbuk roti
Telur 

Lain-lain bahan pelengkap :
Mini roti bun ( beli kan giat 15 ketul rm 3.39 )
Mayonos
Keju
Salad
Sos tomato / Sos Cili
 Cara - caranya :
Gaulkan semua bahan * sehingga sebati. Kepal kan dan celup dalam telur dan golekkan atas serbuk roti, Goreng sehingga keemasan.


Ini lah bekal untuk Nurqaseh hari ni.


Comel pulak burger ni.
Saiz burger ni memeng kecik and sesuai untuk anak-anak
Selesai menggoreng
 
Bersedia untuk dihias.